Saturday, July 18, 2009

Don't Worry



Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Owen hampakan Malaysia

Manchester United vs Malaysia Pictures, Images and Photos

KUALA LUMPUR: Michael Owen menghampakan Malaysia dengan menjaringkan gol lima minit sebelum wisel penamat untuk membolehkan Manchester United menang 3-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Kedudukan sebelum itu terikat 2-2 apabila Amri Yahya menjaringkan gol kedua beliau dan negara pada minit ke-52 hasil kesilapan penjaga gol gantian, Ben Foster.

Amri sebelum itu menewaskan penjaga gol utama United, Edwin van der Saar, dengan lambungan dari luar kotak penalti seminit sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan 1-2.

Terdahulu, Wayne Rooney dan Nani meletakkan United selesa di depan menerusi gol pada minit kelapan dan ke-27.

Friday, July 17, 2009

Gibraltar airport - Like our Railway Crossing!!!




RENUNGAN HARI JUMAAT



10 PERINGATAN BUMI KEPADA MANUSIA

1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.

2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas belakangku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira/berseron ok di atas belakangku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.

6.Engkau makan yang haram di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perut-ku.

7.Engkau angkuh sombong di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan megah di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau Hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri di dalam perutku.

Selamat Pagi Cikgu

cikgu murid Pictures, Images and Photos

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Wednesday, July 15, 2009

SIAPA BOLEH PARKING MACAM INI? - memang terror!!











Penting .Rahsia Solat Awal Waktu

solat Pictures, Images and Photos

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .