1.”The Brown Lady” of Raynham Hall
Foto ini diambil pada tahun 1936 di Raynham Hall, Norfolk. Potret “Wanita Coklat” ini sangat popular dan dianggap foto hantu terbaik yang pernah diambil. Desas desus menyatakan bahawa hantu itu ialah Lady Dorothy Townshend, istri Charles Townshend, 2nd Viscount of Raynham, yang tinggal di Raynham Hall, pada awal 1700-an.
Diceritakan bahawa Dorothy, sebelum menikahi Charles, adalah kekasih Lord Wharton. Charles mencurigai ketidaksetiaan Dorothy. Walaupun menurut catatan, Dorothy dikuburkan pada 1726. Namun ada menyatakan bahawa pemakaman itu adalah palsu karana Charles sebenarnya telah mengurung isterinya di tempat tersembunyi di rumah tersebut sehingga wanita itu meninggal beberapa tahun selepas itu. Kemudian, hantu Dorothy itulah yang kerap muncul di tangga rumah itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment