Showing posts with label berita pelik... Show all posts
Showing posts with label berita pelik... Show all posts

Sunday, May 9, 2010

berita pelik 3



Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.

Friday, April 23, 2010

berita pelik 2




Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhu

Friday, April 16, 2010

berita pelik..



Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros!

Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe